TERMA & SYARAT

Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk kami. Selepas anda membeli, bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat tanpa paksaan mana-mana pihak.

1. Kami akan mulakan proses design & tempahan selepas menerima BAYARAN daripada pelanggan. Jumlah total diberikan oleh staf kami bukanlah bukti pembelian, selagi bayaran belum dilakukan.

2. Kami akan mulakan proses DESIGN mengikut pilihan design daripada pelanggan. Setiap design yang di pilih TIDAK BOLEH di tukar & menjadi tanggungjawab pelanggan untuk SEMAK.

3. Pembatalan tempahan TIDAK dibenarkan selepas pembayaran di buat dan bayaran tidak akan di pulangkan

4. Jika pelanggan menerima produk ‘DAMAGE’ dari pihak kami, Pelanggan boleh maklumkan kepada kami dalam tempoh 2 hari. Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada kami

5. Kami menghargai pelanggan serta privasi mereka. Semua maklumat peribadi yang digunakan adalah untuk memastikan kelancaran proses pesanan anda. Maklumat ini juga digunakan oleh kakitangan kami untuk menghubungi dan mengenal pasti pelanggan serta keperluan mereka. Kami tidak akan memberi, menjual, menyewa, atau meminjamkan apa sahaja maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, melainkan kami diwajibkan untuk berbuat demikian atau anda membenarkan kami untuk melakukannya.